widget

Labels

Thursday, July 1, 2010

KES BUANG BAYI..Apa nak Jadi????



Kes Buang Bayi...Apa nak jadi???

Mutakhir ini kita sering digemparkan dengan kes pembuangan bayi yang kian menular . Kes buang bayi ini seakan-akan telah menjadi satu rutin bagi pihak akhbar-akhbar arus perdana dalam melaporkan kes. Hampir setiap hari kes buang bayi ini terpampang di dada-dada akhbar sehinggakan ianya menjadi satu gejala yang biasa di kalangan masyarakat sekarang. Ini merupakan satu penghinaan kepada bayi yang merupakan sesuatu anugerah dari Tuhan. Kes-kes ini makin hari menjadi semakin kejam. Pada mulanya dicampak ke hutan, kemudian di tong sampah, longkang sehinggakan ke lubang jamban sekalipun masih ada mereka yang sanggup untuk melakukannya demi mengelak dari suatu tanggungjawab menimpa ke atas mereka yang akhirnya menjadi sesuatu azab bagi mereka yang bergelar bayi. Apa nak jadi ? Saya disini ingin memaparkan secebis gambar pembuangan bayi buat renungan dan pengajaran kita semua. Pesan say kepada remaja diluar sana, elakkan diri daripada terjerumus dalam kancah gejala sosial kerana ANDA dadalah generasi HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!










Ya Allah. Betapa dangkal dan tidak berperikemanusian golongan yang sanggup berbuat demikian. Belum sempat bayi melihat keindahan duni, mereka terus dibuang begitu sahaja dan nasib mereka seperti telur di hujung tanduk. Kempen kami prihatin dilihat mampu menjadi jalan terbaik bagi mengatsi gejala ini disamping mengenakan hukuman yang lagi berat kepada pesalah.
Cikgu Alvez menasihatkan kepada anda semua agar menyokong kempen ini dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat kes ini berlaku.

2 comments:

TEKAN HOME UNTUK KE LAMAN UTAMA