widget

Labels

Thursday, December 17, 2009

HIJRAH 1 PERMULAAN....

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...




Tahun baru Hijrah 1431 melebarkan jendelanya pada hari ini (18 Disember 2009)...
Apakah azam baru anda????

Bila awal muaharam menjelang terdetik di sanubariku untuk menyanyikan lagi 1 Muharam yang amat sinonim semasa sambutan awal muharram...

Ni dia antara bait-bait lagu yang menyemarakan semangat dalam diri kita bagi berubah kepada yang lebih baik.


1 muharam detik permulaan
perkiraan tahun Islam Hijrah
perpindahan nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madinah

atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan Islam tercinta

Sambungan lirik lagu ni,saya dah lupa dah..tapi liriknya yang puitis sudah cukup memberi 1001 makna dalam kehidupan kita.

Apakah itu Awal Muharam????


Awal Muharam yang menandakan awal tahun Hijrah mempunyai erti yang amat besar bagi umat Islam. Hijrah Rasulullah s.a.w. dari Kota Mekah ke Madinah bukanlah satu tindakan seorang yang ingin menyelamatkan diri tetapi sebaliknya sebagai tindakan untuk menyusun strategi bagi menjamin keselamatan dan kemenangan Islam dalam jangka panjang. Dengan itu peristiwa Hijrah adalah satu peristiwa yang harus membawa banyak pengajaran kepada umat Islam dalam menghadapi berbagai cabaran hidup di dunia.

Bagi kita di Malaysia peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w. memberi pengajaran yang banyak. Salah satu daripada pengajaran yang amat berguna kepada kita sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama ialah bagaimana Rasulullah s.a.w. dapat menyusun satu masyarakat Madinah yang terdiri daripada berbagai kaum dan kepercayaan menjadi satu masyarakat yang bersefahaman, bersatu dan hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. telah membukti dan mempraktikkan Islam sebagai satu sistem hidup bermasyarakat yang berasaskan persaudaraan dan keadilan sosial. Bukan sahaja umat Islam yang menerima sistem hidup ini malahan mereka yang bukan Islam juga turut patuh kepada nilai-nilai Islam yang pada hakikatnya adalah nilai-nilai mulia yang universal.



Usaha-usaha Kerajaan adalah untuk menjamin amalan nilai-nilai murni Islam di kalangan umat Islam dan amalan nilai-nilai universal yang baik di kalangan bukan Islam supaya wujud satu bangsa dan umat manusia yang bertamadun tinggi. Usaha-usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat Islam, tetapi juga kepada masyarakat bukan Islam. Dengan itu masyarakat bukan Islam tidak seharusnya menaruh prasangka terhadap usaha-usaha ini.

Kepada masyarakat Islam sendiri, nilai-nilai Islam hendaklah benar-benar diikuti dan diamalkan, kerana ianya merupakan perkara wajib dan menjadi contoh kepada seluruh anggota masyarakat di negara ini. Umat Islam tidak akan dihormati dan dijadikan contoh selagi umat Islam sendiri tidak sanggup menunjukkan kewibawaan agama Allah, dengan jujur dan ikhlas.


Secara individu, saya berpendapat bahawa sambutan maal hijrah ini jika dihayati dan diselami dengan betul akan menimbulkan keinsafan kepada kita agar berubah ke arah yang lebih baik.Nilai dalam peristiwa Hijrah itu sendiri boleh dihayati oleh segenap insan tanpa mengira warna kulit mahupun agama.


Selamat menyambut Maal Hijrah 1431H.....

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment

TEKAN HOME UNTUK KE LAMAN UTAMA